Terma Penggunaan
Dikemas kini: 31 Oktober 2026
Dengan menggunakan atau membeli BacaJuara Kids, anda bersetuju dengan terma berikut. Perkhidmatan ini disediakan oleh Symmetry Trading & Services.
1. Produk
BacaJuara Kids ialah aplikasi web program membaca Bahasa Melayu 30 hari. Demo percuma merangkumi Hari 1 hingga 3 dan ujian kesediaan. Pakej penuh membuka Hari 4 hingga 30, panduan ibu bapa harian dan PDF lembaran. Program ini alat sokongan di rumah dan tidak menjamin tahap bacaan tertentu dalam tempoh tertentu.
2. Harga dan bayaran
- Pakej penuh dijual secara sekali bayar, tanpa langganan bulanan. Harga yang terpakai ialah harga yang dipaparkan semasa bil dikeluarkan.
- Harga pelancaran terhad kepada bilangan slot yang dinyatakan. Selepas slot habis, harga biasa terpakai secara automatik.
- Bayaran melalui FPX (ToyyibPay). Bil yang tidak dibayar luput selepas 3 hari.
3. Lesen
- Satu kod akses untuk kegunaan satu keluarga dan boleh diaktifkan di sehingga 3 peranti.
- Kod tidak boleh dijual semula, dikongsi secara awam atau digunakan untuk kelas berbayar tanpa kebenaran bertulis. Kod yang disalahgunakan boleh dibatalkan.
- Jika anda menukar telefon, hubungi kami untuk menetapkan semula senarai peranti.
4. Akses dan kemas kini
Akses pakej penuh adalah sepanjang hayat produk. Kami akan menambah baik kandungan dari semasa ke semasa. Aplikasi memerlukan sambungan internet untuk pengaktifan dan semakan lesen berkala.
5. PDF lembaran
PDF lembaran latihan diberikan kepada semua pembeli. Ia untuk kegunaan keluarga sendiri dan tidak boleh diedarkan semula, dijual atau digunakan untuk kelas berbayar.
6. Penafian
Kami berusaha memastikan kandungan tepat dan perkhidmatan sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin aplikasi bebas sepenuhnya daripada gangguan. Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar.
7. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Hubungi kami
Symmetry Trading & Services
melalui butang WhatsApp dalam laman