Polisi Pemulangan
Dikemas kini: 31 Oktober 2026
Kami mahu anak anda seronok belajar. Jika BacaJuara Kids tidak sesuai untuk keluarga anda, kami pulangkan wang anda.
1. Jaminan 7 hari
Anda boleh meminta pemulangan penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran, tanpa soal jawab panjang.
2. Cara memohon
- Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel dalam tempoh 7 hari.
- Berikan nama pembeli, emel atau nombor telefon, dan kod akses (bermula dengan BJ-).
- Kami akan sahkan permohonan dalam 2 hari bekerja.
3. Selepas diluluskan
- Wang dipulangkan ke akaun bank anda melalui pindahan bank dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Kod akses akan dibatalkan dan semua peranti kembali ke mod demo.
4. Bila pemulangan tidak terpakai
- Permohonan selepas 7 hari dari tarikh bayaran.
- Kod yang telah dikongsi atau dijual semula kepada pihak lain.
- Pembelian berulang oleh orang yang sama selepas pernah menerima pemulangan.
5. Bayaran berganda atau gagal
Jika anda tercaj dua kali, atau wang ditolak tetapi kod tidak diterima, hubungi kami dengan resit ToyyibPay. Kami akan menyelesaikannya tanpa mengira tempoh di atas.
Hubungi kami
Symmetry Trading & Services
melalui butang WhatsApp dalam laman